Kau tak seperti bunga
Islam is The Way of Life...
|
 Blog For Free!
Archives
Home
2007 April
2006 December
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
|
| Kau tak seperti bunga |
| 12.20.06 (12:04 pm) [edit] |
Bunga menguntum indah,menyeri memerah Dipuji dengan berbagai bagai madah Esok bunga jatuh gugur Serpih demi serpih , tanpa daun dan kelopak.
Isteriku Engkau bukan bunga yang akan layu Dan aku bukan kumbang yang akan dirayu Lambang bunga lambang sementara Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya Daerah kita bukan daerah cinta Bukan masanya untuk memujuk kekasih merajuk Tiada senda gurau memanjang Kerana kita dalam berjuang
Disini uda dan dara telah berkubur Kita bina atasnya jihad yang subur Bumi kita bumi payah Penuh peluh, air mata dan mungkin darah Bila aku menjejak tapak Yasir Ikutilah dibelakang ku sebagai Sumaiyah Bila ku katakan pada mu: Perjuangan itu pahit Kau katakan kembali : Syurga itu manis
Suamiku Bunga semalam telah layu Gugur dari jambangannya Maju cinta dan perjuangan kita Bukan itu lambangnya Mulut telah kaku untuk merayu Hatiku malu untuk cemburu Tidak seperti dahulu
Kerana kini kau seorang mujahid Yang rindu memburu syahid Maaf kiranya tutur dan tingkah Senyum dan seri wajah, pudar dan hambar di mata mu Padaku yang baru belajar menjadi seorang mujahidah Aku hanya mampu mendoakan agar kau menjadi seperti Yasir Walaupun kiranya aku bukan seperti Sumaiyah Dalam tangis ku cuba senyum Tika kau keluar bermusafir Seperti redhonya Siti Hajar waktu ditinggalkan Ibrahim Biar kita berpisah selalu derita Kerana syurga menagih ujian berat Sedangkan neraka itu dipagari ribuan nikmat.
|
|
|
| |
|
|