 Blog For Free!
Archives
Home
2007 April
2006 December
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
|
| malu.. |
| 06.29.06 (4:53 pm) [edit] |
|
Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu
Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.
Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT! Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"
Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!
Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN. Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.
MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA. MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu
Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar walmungkar!!!
|
|
|
| |
| belajar bersyukur... |
| 06.26.06 (4:51 pm) [edit] |
|
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain. 2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleser an. 3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan. 4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan. 5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal. 6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar. 7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai. 8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat. 9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan. 10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
|
|
|
| |
| Gurau Biarlah Berpada |
| 06.26.06 (3:47 pm) [edit] |
|
SELAIN mengumpat, satu daripada bencana yang dilakukan oleh lidah manusia ialah gurauan. Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar, melawak, olok-olok dan berjenaka.
Menurut Imam al-Ghazali, bergurau itu ditegah syarak kerana ia membawa kepada banyak tertawa. Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh ‘menanggalkan&rsquo ; hati. Imam Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata untuk menimbulkan gelak ketawa.
Kata-kata gurau senda sebenarnya boleh menghilangkan malu seseorang. Ini kerana dalam mencari bahan ketawa, manusia sanggup membuat cerita bohong dan tidak munasabah. Untuk mereka-reka bahan lucu, mereka membuat cerita yang ganjil dan tidak masuk akal dan kebanyakannya cerita dusta. Inilah puncanya orang yang membuat kelakar boleh hilang malu. Pada hakikatnya malu senjata orang beriman. Malu adalah alamat atau tanda orang yang beriman.
Yang paling mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain.
Rasulullah bersabda bermaksud: “Malu adalah cabang daripada iman.” Dalam sabda lain, baginda menyatakan: “Malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya.”
Dapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya maka hilang jugalah imannya. Namun begitu, bergurau ala kadar dibolehkan. Pada suatu masa orang Arab menganggap pantang makan kurma kalau sakit mata. Rasulullah nampak seorang bernama Suhaib yang sakit mata sedang makan kurma maka baginda bersabda bermaksud: “Engkau makan kurma sedangkan engkau sakit mata?”. Suhaib faham maksud Rasulullah yang ingin bergurau dengannya. Maka jawabnya: “Saya makan dengan mata yang sebelah lagi ya Rasulullah.”Mendengar jawapan itu, baginda senyum lebar hingga nampak giginya yang putih. –(Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali).
Dalam hubungan pergaulan harian, gurauan itu boleh menimbulkan sakit hati dan menyinggung perasaan sesama kawan atau rakan.
Bagi sesetengah orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan persenketaan atau perkelahian. Maka ini bertentangan dengan kehendak Islam. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara maka perbaikilah hubungan antara kedua-duanya.”– (al-Hujurat: 11). Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran rasional supaya ukhuwah sesama kita tetap terpelihara.
|
|
|
| |
| Wajah & Hati Yang Cantik |
| 06.26.06 (2:53 pm) [edit] |
info yang boleh dikongsi bersama kawan2. · Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.
· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
· Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
|
|
|
| |
| SUBUH |
| 06.22.06 (3:55 pm) [edit] |
|
Pada pagi itu,seperti mana pagi2 yang lain,aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku. " Assalamualaikum",ser u Subuh. " Wa'alaikumsalam",sah utku.
Dan kami terus berpelukan,tanda rindu serta kasih sayang.Ku tanya khabar subuh,bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat. " Tadi...",kata Subuh dengan sayu,"...aku baru saja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, ku ketuk rumah2 yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu."Dan airmata Subuh pun berlinangan. "Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah2 teringat sesuatu.
"Oh ya,tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang2nya sepertimu, menyambutku dengan pebuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat! serta mengiurkan. Hidangan yang paling aku suka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain,t api jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas dengan leka". Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.
"Maaf Subuh,aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada roti Shiyam", cadangku pada Subuh. Subuh menolak dengan hormat."Roti itu ada tuan punya",kata Subuh.
"Adakah kau mahu manisan Zikir?"rayuku pada Subuhu."Baiklah,ambilkan aku sedikit,serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh. Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh,yang Mata Air Tangisan sudah hampir kering akibat kemarau Maksiat yang Berpanjangan?
Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi,dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya,Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.
"Subuh...",seruku,"...mahukah kau tinggal selamanya denganku?Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya, wahai subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".
Dan aku akur dengan penjelasan Subuh."Subuh",...seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?". "InsyaAllah", jawab Subuh, "...bukankah aku kekasih yang kau rindui?". Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.
"Assalamulaikum" ;,seru Subuh. " Wa'alaikumsalam",jaw abku kembali.
Dan mataku terus meniti langkah Subuh,yang semaik laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh menghilang dari pandangan.
MATI HANYA SEKALI, JADIKAN IA DI JALAN ALLAH
|
|
|
| |
| hikmah diam |
| 06.22.06 (3:40 pm) [edit] |
|
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menaykiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia. HIKMAH DIAM 1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah. 2. Perhiasan tanpa berhias. 3. Kehebatan tanpa kerajaan. 4. Benteng tanpa pagar. 5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang. 6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal. 7. Menutupi segala aib.
Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud: * "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM ) * "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM ) * "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI ) Madah Dari Hukama: * BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP. * MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.. * KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI. Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.
|
|
|
| |
| KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT |
| 06.21.06 (2:44 pm) [edit] |
|
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.
Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?" ;
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engk! au miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. * Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. * Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
|
|
|
| |
| Makna Sebuah Cinta |
| 06.20.06 (11:53 am) [edit] |
|
Cinta di sini bermaksud cinta kepada Allah, isteri, kekasih dan sahabat. 1. Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
2. Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu. 3. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan. 4. Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, ujian atau cobaan yang cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk membuatmu manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah-hadiah. 5. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita. 6. Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya. 7. Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya. 8. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain pula. 9. Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat menyulut perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkahi.
10. Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia. 11. Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
12. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. 13. Hanya diperlukan waktu seminit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang. 14. Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka. 15. Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, gairah, romantika dan masih tetap perduli padanya.
16. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan kamu harus melepaskannya.
17. Cinta dimulai dengan sebuah senyuman, bertumbuh dengan sebuah ciuman dan berakhir dengan titisan air mata. 18. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya. 19. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya. 20. Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
21. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. 22. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu. 23. Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati. 24. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis."
|
|
|
| |
| 10 golongan manusia solat tidak diterima Allah |
| 06.20.06 (11:34 am) [edit] |
|
Rasulullah bersabda bahawa, “Sepuluh orang solatnya tidak diterima oleh Allah iaitu :-
l Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. l Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. l Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya. l Orang lelaki yang melarikan diri. l Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat). l Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya. l Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. l Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya. l Orang yang suka makan riba. l Orang yang solatnya tidak dapat menahannya daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah lagi bermaksud :
“Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah dan jauh daripada Allah.”
Hassan pula berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu daripada melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”
|
|
|
| |
| di mana tuhan |
| 06.20.06 (11:05 am) [edit] |
|
Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.
Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda. Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya. Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya. Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:- 1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya 2. Apakah yang dinamakan takdir 3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya? Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya. Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti. Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya? Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit. Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada? Pemuda: Ya! Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu! Pemuda: Saya tidak boleh. Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya. Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya? Pemuda: Tidak. Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini? Pemuda: Tidak. Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir. Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda? Pemuda: Kulit. Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda? Pemuda: Kulit. Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya? Pemuda: Sakit. Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
|
|
|
| |
| TEMUDUGA TERBUKA!!! |
| 06.20.06 (10:46 am) [edit] |
|
4 GANJARAN LUMAYAN nikmat kubur perlindungan di padang mahsyar keselamatan meniti titian sirat syurga yang kekal abadi
LOKASI TEMUDUGA: Di dalam kubur (alam barzakh) KELAYAKAN: anda tidak perlu bawa sijil-sijil anda tidak perlu bawa pingat anda tidak perlu bawa wang atau harta yang banyak anda tidak perlu berparas rupa cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi anda cuma perlu bawa dokumen asal Iman dan Amal
PANEL/PENEMUDUGA: Mungkar dan Nakir (bertauliah) Enam soalan utama yang mudah akan disoal** siapa tuhan anda? apa agama anda? siapa nabi anda? apa kitab anda? di mana kiblat anda? siapa saudara anda?
CARA MEMOHON: anda tidak perlu memohon, anda cuma perlu menunggu penjemput Kami yang berkaliber untuk menjemput anda. ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). ia akan berlembut kepada orang mukmin dan akan bengis kepada orang yang mungkar. ia diberi nama Izrail. "SEMOGA BERJAYA DAN SELAMAT MEJAWAB"
|
|
|
| |
| Merindukan senyum Ibu.... |
| 06.20.06 (9:35 am) [edit] |
|
Ya Allah...sungguh aku ingin sekali melihat Ibuku tersenyum dan tertawa bahagia, karena diriku...sekali saja...karena... Saat ia telah mengandungku...ia menangis..
Saat ia kesakitan melahirkanku...ia menangis...
Saat ia lega aku lahir ke dunia...ia menangis...
Saat aku pandai bicara, berjalan, dan mulai nakal...ia menangis...
Saat aku mulai sekolah ...ia menangis...
Saat aku remaja dan mulai membantah perintahnya...ia menangis...
Saat aku kuliah ke luar kota...ia menangis...
Saat aku mendapat kerja ...ia menangis...
Saat aku menikah dan punya anak...ia menangis...
Jika Allah "menjemputku" terlebih dahulu...ia menangis..
Saat apa pun dalam kehidupanku...ibuku selalu menangis...
Duhai ibu...dengan cara apa aku bisa mendapatkan senyumanmu yang lebih indah dari senyum bidadari surga...?
|
|
|
| |
| Rahsia 13 rukun solat |
| 06.20.06 (9:21 am) [edit] |
|
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : & nbsp; Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
|
|
|
| |
| KISAH JIBRIL DAN RASULULLAH SAW |
| 06.20.06 (8:53 am) [edit] |
|
JIBRIL MENERANGKAN SIFAT-SIFAT TERPUJI KEPADA RASULULLAH SAW.. Malaikat Jibril datang berkunjung ke tempat Rasulullah SAW....
Malaikat Jibril; "Ya Muhammad,Allah mengutusku untuk menyampaikan sebuah hadiah yang tidak pernah di berikan-Nya kepada siapa pun sebelum mu ."
Rasulullah SAW ; "Hadiah apa itu wahai Jibril? Malaikat Jibril ; "Sifat sabar.Dan ada yang lebih baik dari itu." Rasulullah SAW ; "Apa itu hai Jibrail?" Malaikat Jibril ; " Sifat Redha.Dan ada yang lebih baik dari itu." Rasulullah SAW ; "Apa itu hai Jibrail?" Malaikat Jibril & nbsp; ; "Sifat Zuhud.Dan ada yang lebih baik dari itu." Rasulullah SAW ; "Apa itu hai Jibrail?" Malaikat Jibril & nbsp; ; "Sifat ikhlas.Dan ada yang lebih baik dari itu." Rasulullah SAW ; "Apa itu hai Jibrail?" Malaikat Jibril & nbsp; ; "Sifat yakin.Dan ada yang lebih baik dari itu." Rasulullah SAW ; "Apa itu hai Jibrail?" tanya Baginda lagi. Malaikat Jibril & nbsp; ; "Untuk mendapatkan kesemuanya itu diperlukan sifat tawakal,berserah diri sepenuhnya pada Allah Azza Wa Jalla."
Rasulullah SAW ; "Apa itu tawakal kepada Allah hai Jibril?" Malaikat Jibril & nbsp; ; "Tawakal bererti engkau mengetahui bahawa selain Allah SWT ,tidak ada yang boleh mendatangkan sebarang kerugian atau manfaat,memberi atau melarang;dan engkau bersikap tidak menaruh harap pada selainNya. Apabila seorang hamba bersikap dan mempunyai sifat seperti ini maka dia tidak akan mengerjakan sesuatu melainkan kerana Allah SWT semata-mata. Dia tidak tamak memohon kecuali kepada Allah.Inilah yang dikatakan dengan TAWAKAL."
Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril,apa erti sifat sabar?." Malaikat Jibril ; "Iaitu engkau bersabar di saat duka sebagaimana engkau sabar di saat bahagia;di saat miskin;di saat kaya;di saat menerima bencana, dan di saat sejahtera engkau tidak mengeluhkan keadaanmu kepada makhluk lain atas apa yang engkau terima dari ujian dan derita."
Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril,apa erti sifat qana'ab berkecukupan?." Malaikat Jibril ; "Qana'ah ,bererti engkau merasa cukup dengan apa yang engkau terima dari duniamu;engkau merasa cukup dengan yang sedikit dan bersyukur atas apa yang ala kadarnya."
Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril,apa erti redha ?." Malaikat Jibril ; "Orang yang redha adalah orang yang tidak murka pada tuannya,apakah dia memperolehi dunianya atau tidak;dan dia tidak rela dirinya menjalankan suatu tanggungjawab sekadarnya."
Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril,apa erti Zuhud ?." Malaikat Jibril & nbsp; ; "Orang yang zuhud adalah dia yang mencintai orang yang cinta pada Khaliknya,benci pada orang yang membenci Khaliknya,bersikap berhati-hati dari bahagian dunia yang halal,dan tidak menoleh pada bahagian yang haram.Kerana,yang halalnya pasti akan dihisab dan yang haramnya akan dihukum.Dia kasih kepada seluruh kaum Muslimin seperti halnya dia kasih pada dirinya.Dia bersikap waspada ketika berbicara sebagaimana dia menghindar dari bangkai yang sangat busuk baunya. Dia berhati-hati dari tipu daya dunia dan keindahannya sebagaimana dia menghindari api dari melahapnya.Dia tidak berangan-angan panjang dan menganggap seakan ajalnya sudah berada di hadapan matanya."
Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril ,apa erti ikhlas?." Malaikat Jibril ; "Orang ikhlas adalah dia yang tidak memohon dari manusia lain,tapi berusaha keras sampai dia memperolehi cita-citanya;apabila dia telah memperolehinya,dia akan rela.Jika masih ada sesuatu yang tersisa di tangannya,dia akan memberinya kerana Allah SWT semata-mata.Orang yang tidak memohon dari makhluk,bererti dia telah menyatakan sikap ubudiyyab (kehambaan) kepada Allah Azza Wajalla.Jika dia memperolehinya lalu dia rela,bererti dia telah rela pada Allah SWT dan Allah AWT juga rela padanya.Apabila dia memberi semata-mata kerana ALLAH Azza Wajalla,maka dia memberinya dengan penuh keyakinan akan janji-Nya."
Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril,apa erti yakin ?." Malaikat Jibril ; "Orang yakin adalah dia yang beramal semata-mata kerana Allah seakan dia melihat-Nya.Sekalipun dia tidak melihat Allah,namun Allah SWT melihatnya.Dia yakin bahawa apa yang terjadi padanya bukan sesuatu yang keliru dan apa yang tidak terjadi pada dirinya adalah bukan bahagiannya.SEMUA ITU ADALAH RANTING-RANTINGNYA TAWAKAL DAN TANGGA MENUJU SIFAT ZUHUD.. "
|
|
|
| |
| Kiamat Dah Dekat Dah |
| 06.16.06 (11:44 am) [edit] |
|
1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari ~ dah jadi dah... 2) Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ~ dah nampak dah...
3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyiï¿&fr ac12; wanita" - Ibnu Majah ~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik... 4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ~ memang dah nampak dah... 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim. ~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu... 6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad ~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani ~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda� ; telah hari kiamat ialah akan muncul pakaianï¿&fra c12; wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang". ~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...
10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ~ tak caya gi tengok... 11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim ~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalahï¿&fra c12; yg popular skarang nie...
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad ~ tengok kes peperangan Iraq...
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungaiï¿&frac 12;" - Sahih Muslim ~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...
|
|
|
| |
| Antara Anjing & Awek mu... |
| 06.14.06 (12:02 pm) [edit] |
|
LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je? ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi? LEMBU : eh? kenapa? ANJING : aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis! LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu. ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa? LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak. ANJING : Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU" Sedikit Penjelasan: Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)”
Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)
|
|
|
| |
| Aduhai 4 Isteriku |
| 06.13.06 (5:45 pm) [edit] |
|
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendapingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu saying kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri. Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaula h yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukan kau mendapingiku dan menemaniku? Isteri keempatnya terdiam. Tentu saja tidak! jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaj tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?. Isteri ketiganya menjawab, Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? Si isteri kedua menjawab perlahan, Maafkan aku. aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu keliang kubur saj. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu. Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu. Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku. MORAL OF THE STORY...
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA. ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!
|
|
|
| |
| Asal-usul api di dunia ini |
| 06.13.06 (5:38 pm) [edit] |
|
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah. jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as. zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ? jibril : sebesar kurma. .. zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya. jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma... zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.. memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70 Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk berbegai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi. PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.
|
|
|
| |
| Kuasa Pujukan Perempuan |
| 06.13.06 (5:33 pm) [edit] |
|
Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya. * Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita : 1. Napoleon Bonarparte dan Josephine. 2. Anthony dan Cleopatra 3. Hitler dan Matahari 4. Samson dan Delila 5. Abu Lahab dan Hendon * Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama : 1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain. 2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah. 3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar. 4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain. 
KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN * Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah. KUASA LAYANAN PEREMPUAN * Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah. KUASA DOA PEREMPUAN * Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia." KUASA TAQWA PEREMPUAN * Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya. * Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian. * Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa. * Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."
|
|
|
| |
| RAHSIA MEMOTONG KUKU |
| 06.13.06 (5:12 pm) [edit] |
|
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
*Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit *Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan *Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat *Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit *Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan. *Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. *Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala. 
|
|
|
| |
| MENGAPA LIDAH KELU MENGHADAPI MAUT??? |
| 06.13.06 (4:56 pm) [edit] |
|
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak,hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
|
|
|
| |
| Setan pun terkejut... |
| 06.13.06 (1:05 pm) [edit] |
|
Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"
Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, setantersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"
Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masihjuga asik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam...... Kemudian ketika datang waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak shalat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu. Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan shalat Isya, maka setan itu sangat panik.
Ia rupanya tidak bisa menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yangmanusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"
Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?". "Aku takut !", jawab setan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata setan sambil beredar pergi. 
|
|
|
| |
| Doa mohon cintakan Allah didunia dan akhirat |
| 06.13.06 (12:35 pm) [edit] |
|
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.
Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai maka jadikanlah ia kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.
Ya Allah jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah jadikan aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang salih. Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai.
Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaan-Mu.(Hadis at-Tirmizi dalam Jami' al-Sahih, Rasulullah bersabda: Inilah antara doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud).
|
|
|
| |
| Kelebihan bismillah |
| 06.13.06 (12:24 pm) [edit] |
|
"Kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah sangat singkat namun kadangkala sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan: Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali sebelum tidur maka: 1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak. 2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam. 3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran. 4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan.
Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll. Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan sebarang aktiviti. Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatu ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan "Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik". Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM . Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut. Lalu ia kembali ke rumah, dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu. Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan &n bsp; &nb sp; &nbs p;BISMILLAHHIRRAHMANIRRAH IM dia pun membuka pintu almari tempat ia> menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya. Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM . Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya, iaitu: Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak nyaman. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka. Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita(pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari olehnya sendiri (wanita tersebut) bahwa dia telah melakukan hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri untuk membacanya. Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, Amin.
|
|
|
| |
| WANITA ITU CANTIK |
| 06.13.06 (12:05 pm) [edit] |
|
"Ketika wanita diciptakan, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Diciptakan bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." "Diberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya." "Diberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." "Diberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." "Diberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." "Diberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu." "Dan akhirnya, diberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada." Setiap Wanita itu Cantik
|
|
|
| |
| Pengunaan MasyaAllah |
| 06.13.06 (11:32 am) [edit] |
|
Sekarang semakin ramai di kalangan kita menggunakan lafaz " MasyaAllah " ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika terlihat gambar2 censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal. Sebenarnya istilah " MasyaAllah " bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG . Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah " MasyaaAllah " bila kita melihat " something nice " seperti melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya. Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah " Astagfirrullahhalazim&quo t; (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun " Innalillah" (Kepada Allah kita kembali) . 
|
|
|
| |
| Kisah pakcik dan 3 surah |
| 06.13.06 (9:42 am) [edit] |
|
MINGGU lalu, baru saya nak seberang jalan ke Masjid Sultan untuk sembahyang Jumaat, seorang pak cik dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tak jadi seberang jalan dan tunggu pak cik berjanggut dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam dan saya menyuruh anak saya mencium tangannya. Orangnya sudah agak berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul. Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pak cik. Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuknya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas. Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pakcik cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'. Betul juga, fikir saya. Kemudian, pakcik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan. Pertama, kekuatan minda. Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup. Kedua, kekuatan hati. Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik. Ketiga, kuat fizikal. Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya. Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tigakekuatan, beliau minta diri. Terima kasih kepada pak cik. Pesanannya memang baik. 
|
|
|
| |
| RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58 |
| 06.12.06 (4:25 pm) [edit] |
Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. Jika boleh niatkan sebegini: 1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku 2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam 3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat. 4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini 5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin 6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin 7)YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku..... AMINnnnn.
|
|
|
| |
| MAKSUD ALLAH SIAPALAH YANG TAHU |
| 06.12.06 (12:10 pm) [edit] |
|
Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan.Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya. Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama,iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat. Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal? Tuhan pun berfirman,"Wahai para malaikat-Ku,sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku,tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!" Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini. Pelajaran pertama adalah: Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah. Pelajaran kedua adalah: Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena.Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi. Pelajaran ketiga adalah: Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya. Pelajaran keempat adalah: Siapa yang tahu maksud Allah? Wallahua'lam bissawab. Sesungguhnya DIAlah yang Maha Mengetahui akan segala ketetapan yg telah ditentukan buat kita, hambaNYA. Oleh itu jgn sesekali berdendam sesama insan, marah atau mengesali segala dugaan yg dtg menjengah di sepanjang perjalanan hidup kita untuk menemuiNYA. Allah itu Maha Pengampun, Pengasih serta Pemurah.. maka carilah keredhaanNYA agar hidup kita bahagia hingga ke akhir usia di dunia, seterusnya bahagia di akhirat kelak.
|
|
|
| |
| SINAR CAHAYA AYAT KURSI |
| 06.12.06 (9:29 am) [edit] |
|
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.  Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. 3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya. 4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat. 5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. 6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid. 7) Barang siapa yang membaca ayat Al- Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
|
|
|
| |
| Aku bimbang ..sangat bimbang |
| 06.09.06 (4:56 pm) [edit] |
|
Aku bimbang ..sangat bimbang Bagaimanakah kalau besok..aku mati mendadak? Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada' Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak Hutangku masih berlambak-lambak. Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunai Hutang bank rumah-ku masih belum selesai Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai Aku bimbang..sangat bimbang.. Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah Atau ................... apakah aku akan dibelasah oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ? Apakah aku dapat menahan sakit Bila ular kubur datang menggigit Kerana sembahyangku yang amat sedikit.
Aku bimbang..sangat bimbang.. isyak masuk..ayah ke surau menyembah Allah Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA, Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan Aku terjerit2..MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA. Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI. Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?
Aku bimbang..amat bimbang..imanku masih terumbang-umbang Ketika aku di dalam kubur..adakah orang yang akan mendo'akan ? Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan ? Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan. Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ? Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.
Aku bimbang..sangat bimbang..amal ibadahku sangat berkurang ! WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang Tinggalkanlah padang bola..TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti oranglain Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu Berhentilah menjadi sahabat syaitan Agar hidupmu mendapat keredhaan Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH
|
|
|
| |
| BIODATA IBLIS |
| 06.09.06 (2:45 pm) [edit] |
Nama | Iblis Laknatullah | Tarikh kelahiran | Bermula daripada keengganannya sujud kepadaNabi Adam a.s. | Pejabat operasi | Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat | Status diri | Fasik kelas pertama | Rakan kongsi | Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan manusia | Agama | Kufur. | Sumber pendapatan | Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba | Tempat tinggal di dunia | Hati-hati mereka yang lalai | Jenis perkhidmatan | Menggalakkaan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah | Tempat tinggal di akhirat | Neraka Jahannam | Tempoh perkhidmatan | Sehingga hari kiamat | Kawasan | Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah | Matlamat Perjalanan | Membawa setiap makhluk ke Neraka Jahannam | Arah perjalanan | Tiada haluan dan bengkang bengkok | Teman Sejawat | Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran | Isteri di dunia | Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan mentaati Allah, Rasul dan suaminya | Ganjaran | Dosa dan kemurkaan Allah | Kaum kerabat | Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah | Berkomunikasi dengan | Orang yang suka mengumpat, mencaci memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam | Modal pusingan | Angan-angan kosong | Makanan kegemaran | Daging orang mati dan segala najis dan kotoran | Tempat pertemuan | Pasar-pasar | Yang ditakuti | Orang mukmin yang bertakwa, beriman, dan beramal | Musuh ketat | Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa | Yang dibenci | Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah | Motto kerja | 'Hipokrasi asas akhlak' | Alat perangkap | Wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya | Kesukaannya | Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya | Saat ajal | Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak | Cita-cita | Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir | Janji-janji | Janji kosong, angan-angan dan tipu daya | Kelemahannya | Bila orang membaca Istighfar | Yang membuatnya menangis | Bila orang sujud kepada Allah s.w.t | Lambang | Sebarang tatu |
|
|
|
| |
| Artikel Menarik untuk Pasangan Bercinta |
| 06.09.06 (2:27 pm) [edit] |
|
 Kami tidak berzina !
Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi awak menghampiri zina. ..
Kami hanya barbual-bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina? Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.. Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus..Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik.
Ingat pesanan Rasulullah : "Janganlah engkau bersendirian denga seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan" (Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis. .. Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun! Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya? Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih engan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah :
"Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman" (muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak . Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan .. Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran ahaja!*(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid. Sungguh! Bincang pelajaran sahaja .. Ni Study Group.*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA) Study Group...? ampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni betul ke bincang pelajaran? .Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta! Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.* Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia. Kami berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula. Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau erasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu. Tentu ada cinta secara Islam. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : "Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah" (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun! Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji.Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok Khuldi itu. Firman Allah: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim" (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang mat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti .. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu,jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana esudahannya? Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta. Semua itu adalah perangkap iblisdan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah. Adakah orang yang bercinta* hilang maruah? Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: "Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan. Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta* juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik dalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Kami telah berjanji sehidup semati . Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah. Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil eseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki. Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat) Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya. Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini? Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: "Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari elakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar" (Surah Al-Ahzab: 35) Bagaimana kami? Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat: 1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. 2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. 3.Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar& kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri. Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubat kita. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh ,tidak kemana!YaAllah bantulah kami .Kini kami datang kepintuMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat kami.
|
|
|
| |
| doa buat kekasih |
| 06.09.06 (12:43 pm) [edit] |
|
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ..
Ya Allah... .
Seandainya telah Engkau catatkan... . Dia milikku tercipta buatku... . Satukanlah hatinya dengan hatiku... . Titipkanlah kebahagiaan antara kami... Agar kemesraan itu abadi... . Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi... . Seiringkanlah kami melayari hidup ini... . Ke tepian yang sejahtera dan abadi... . Maka jodohkanlah kami... . Tetapi ya Allah... . Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku... . Bawalah dia jauh dari pandanganku... . Luputkanlah dia dari ingatanku... . Dan peliharalah aku dari kekecewaan... Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti... . Berikanlah aku kekuatan... . Menolak bayangannya jauh ke dada langit... . Hilang bersama senja yang merah... . Agarku sentiasa tenang... . Walaupun tanpa bersama dengannya... Ya Allah yang tercinta... Pasrahkanlah aku dengan takdirMu... Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan... . Adalah yang terbaik untuk ku... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui... . Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini... .
Ya Allah... .. Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... . Di dunia dan di akhirat... . Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini... Janganlah Engkau biarkan aku sendirian... . Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran... . Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... . Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... . Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah... . Ya Allah... ..
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat... Dan peliharalah kami dari azab api neraka... . AMIN... AMIN... AMIN... . Ya rabbal 'aalamin 
|
|
|
| |
| Tragedi WTC September 11 ada dalam Al-Quran Surah At-Taubah??? |
| 06.09.06 (11:22 am) [edit] |
|
SubhanAllah..sesengguhnya apa yg Allah ciptakan tu tak pernah sia-sia.. Saya mendapat informasi daripada laman web Indonesia yang mengatakan Tragedi September 11 ternyata sudah dituturkan Allah dalam Al-Quran Surah At-Taubah : 109. " Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaanNya itu yang baik, atau orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam.Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orangt-orang yang zalim." Di situ disebutkan keruntuhan bangunan kerana yang mendirikannya adalah orang-orang yang zalim. WTC yang runtuh di Kota New York pada 11/9/2001 berada di jalan JERF HAR telah disebutkan pada kalimah "JURUFIN HAR" dalam ayat 109 : At-Taubah yang membawa maksud mengikut tafsir ulama sebgai "ditepi jurang yang runtuh" ternyata adalah nama sebuah jalan di kota New York tadi, JERF HAR. Surah At-Taubah terletak pada Juzuk 11 menunjukkan tarikh 11 haribulan kejadian tersebut. Sedangkan angka 9 yang menunjukkan bulan September bersamaan dengan kedudukan Surah At-Taubah pada surah yang ke 9 mengikut urutan surah Al-Quran. Ayat 109. ternyata jumlah tingkat di WTC ada 109 tingkat.!!! Kejadian tersebut pada tahun 2001, setelah dihitung-hitung jumlah huruf pada Surah At-Taubah ada 2001 ayat!!! Subhaanallah..Ternyata Allah telah memberikan khabarnya 14 abad yang lalu tanpa diketahui oleh manusia. Inikah mukjizat Al-Quran? Yang telah membuktikan kejadian pada masa yang akan datang.
|
|
|
| |
| SEDARLAH WAHAI HAWA.. |
| 06.09.06 (11:17 am) [edit] |
|
Wahai Hawa, Kenapa.. engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa.. masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi perintahNya?
Wahai Hawa, Tangan yang mengoncang buaian..boleh mengoncang dunia, sedarlah hawa.. kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang soleh dan solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia.
Tapi hawa.. jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.
Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu.. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan.. kerana wanita adalah jalan syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.
Hawa, Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa, Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa, Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.
Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu... Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.
Hawa, Cintailah Allah.. dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu.. kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga.
Hawa , Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya. Suatu saat ada yang harus pergi, suatu saat ada yang akan datang. Mungkin yang pergi tidak akan kembali, dan mungkin yang datang hanya sebentar. Telah Puas Aku Menangis Seorang Diri................. yang manakah kita ?? titik air yang tercurah lembut dan menyentuh tanah ?? ataukah titik air yang diam menunggu saat jatuh ke tanah ??

|
|
|
| |
| Alhamdulillah.. |
| 06.09.06 (10:18 am) [edit] |
|
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Hari ni dengan syukurnya aku nak merasmikan blog baru ni. Semoga kewujudan blog ni akan dapat memberi manfaat pada diri aku dan juga kepada org2 yang membacanya..insyaAllah..
|
|
|
| |
|
|