Hosted by Putfile.com

Islam is The Way of Life...


Blog For Free!


Archives
Home
2007 April
2006 December
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Hosted by Putfile.com Hosted by Putfile.com
Sembahyang Akhir Waktu
04.02.07 (10:37 am)   [edit]
Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa Amalan kita
direct terus padaNya Tapi Jika bersembahyang
Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya…..

Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi Untuk sampaikan amalan kita Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit Dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya “free” Sekatan tol tiada Tiada “jem” Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan
Untuk dinilaikan

Tapi

Jika sembahyang di akhir waktu Tol free juga
Tapi sekatannya MasyaAllah….

Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita Kenapa lewat poskan amalan kita Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluan Tetapi… penjaga langit pertama Tidak heran Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi Maka..
Jatuh berderai…

Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua Dilangit kedua, Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga,
La…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita Tak ade nilai….
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tak sembahyang juga

Maka…
Bersedialah kita menerima pembalasannya Tak di dunia di akhirat pula Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa

Ish….
Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampai
Dahlah tu Tak de nilai Kena azab lagi nanti
Ya Allah… Ampunkan kami… Kerana lalai…
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang...

Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.

Amin.

 

 
Rahsia Keberkatan Solat Subuh....
04.02.07 (10:33 am)   [edit]
Solat SUBUH... walaupun 2 rakaat tetapi kalau di tinjau ke masjid atau surau pada waktu tersebut mmg tak begitu ramai orang yang mengerjakannya secara berjemaah... .

Rupe-rupenye..mereka dok tidur berselimut setelah mlmnya menghabiskan waktu untuk berjaga..atau bercerita hal2 yang penuh dengan maksiat kepada Allah dan menyalahi-Nya...

Mari kite menyelami keistimewaan solat Subuh dan peringatan dari Rasulullah SAW untuk pedoman kita semua..

" Tiada Solat yang paling berat bagi orang munafik melainkan Isyak dan Subuh. Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun mesti dengan merangkak.." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah )

Keistimewaan solat Subuh yang mungkin kita tidak perasan selama ni... ..memelihara diri seseorang Muslim dan menjadi pengukur keimanan kita kepada Allah SWT... Pintu-pintu rezeki akan terbuka luas... seorang hamba, walaupun sezuhud mana pun dan sangat tidak peduli dengan urusan dunia, ia tetap senang kalau dilapangkan rezekinya..

Akhir kalimah..antara petua-petua berkesan untuk memelihara solat Subuh ialah..biasakan diri tidur awal... niat yang ikhlas dan azam yang kuat sebelum tidur...

 

 
Beberapa fakta tentang al-Quran
12.26.06 (1:55 pm)   [edit]
Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang
cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara
telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor,
astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan
sebagainya.Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi
71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889
peratus.Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

 
Semakin banyakkite kecapi kejayaan, semakin hampirla saat kematian kita...
12.20.06 (2:49 pm)   [edit]
Umpamanya; 
1) Dari bujang -- kahwin No 1 -- no.2 -- No 3 -- DLL.
2) Dari pakai kapcai --- kancil -- Honda--- BMW----nye.. 
3) Badminton ---- Tennis --- Golf ----
4) Rumah sewa -- rumah murah -- teres -- bunglow... 
5) Supervisor -- engineer --- manager -- GM--- 
6) Tv 14' --- 21" --- 42" ---- Home theatre... 
7) Port dickson --- Langkawi --- Bangkok --- New York.. 
8) Mancing parit --- kolam bayar--- laut dalam (sewa bot mewah).. 
Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour 
TETAPI... KITA JUGA LUPA... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA.... DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA
BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"
Umpamanya 
1) tak sembahyang ---- pastikan solat---jadikan amalan....
2) banyak maksiat ----- tinggalkan/kurangkan ----- hapuskan... 
3) New York---- madinah ---- mekah--- 
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/ 
5) solat sorang --- berjemaah --- solat di surau/masjid....
6) 5 jam sehari menonton TV --- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU..
7) 3 jam baca akhbar/majalah/internet --- 2 jam majalah/akhbar/internet & 1 jam membaca AL-QURAN /selawat , zikir. 
8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT. 
Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL IMPROVEMENT banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan.... 

Contohnye:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur........hilang waktu (kerja lagi penting....dari solat) Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE/DISCO... sekarang.. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan kita dan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi sama-samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT. Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun..
Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya..lama.......lamanya.......infiniti...
Semuga Allah terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat. 
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka. 
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik (wangi). 
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: 
"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid. 
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan. 
3. Orang berpuasa di hari Arafah. 

 

 
Cinta dunia
12.20.06 (1:56 pm)   [edit]

Cinta dunia adalah ibu segala kejahatan. Bila dikatakan ibu itu maksudnya daripada cinta dunia lahirlah berbagai kejahatan lain. Boleh juga dikatakan ianya sebagai pokok kepada segala kejahatan. Daripada pokok cinta dunia itu, lahirlah buah-buah kejahatan lain. Maksudnya di sini, kalaulah hendak bebaskan diri daripada berbagai kejahatan, pokoknya kenalah ditebang. Iaitu, cinta dunia itu hendaklah dibersihkan daripada diri dan diganti dengan cinta Tuhan. Tidak akan bersatu dua cinta dalam satu hati. Kalau hati cinta dunia, mana mungkin cinta Tuhan akan duduk di dalam hati. Kalau hati cinta Tuhan, insyaAllah cinta dunia tak dapat duduk di dalam hati.

Buang cinta dunia bukan bererti membuang atau menolak dunia. Dunia itu perlu dalam kehidupan. Dunia itu adalah wadah untuk menuju akhirat. Yang dikehendaki adalah menggunakan dunia itu dengan sebaik mungkin, tetapi hati tidak jatuh cinta dengannya. Hati tidak terpaut dengan dunia. Mudah sahaja dunia itu boleh dilepaskan. Dunia itu tidak mempengaruhi hati sehingga lalai daripada Tuhan. Dunia itu tidak memesong hati daripada cinta Tuhan.

Apakah tanda-tanda seseorang itu sudah cinta dunia, mari kita lihat contoh-contohnya:

1. Bila tiba waktu sembahyang, seseorang itu dengan sengaja melewat-lewatkan sembahyang kerana lebih mengutamakan kerjanya.
2. Orang yang suka pada jawatan malah berebut-rebut untuk menjadi pemimpin
3. Orang yang kaya tetapi bakhil untuk mendermakan hartanya untuk tujuan kebaikan
4. Orang yang suka membazir pada barang-barang yang tidak perlu
5. Membuat kerja dengan mengharapkan pujian dan sanjungan orang
6. Membiarkan jiran-jiran dalam serba kekurangan padahal diri dan keluarga hidup dalam bermewah-mewahan
7. Sangat cinta pada diri sehingga mudah merajuk dan sakit hati bila dirinya ditegur dan dimarahi atas kesilapan yang dilakukannya

Moga-moga kita terhindar daripada cinta dunia dan menjadi orang yang hatinya mencintai Tuhan.

 
Jadilah lelaki yang sebenar lelaki.
12.20.06 (12:40 pm)   [edit]
Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.
 
marah dan cemburu
12.20.06 (12:23 pm)   [edit]

MANA DATANG MARAH NI

Bagaimana pula cara untuk mengawal perasaan tersebut? Adakah terdapat sebarang zikir atau ayat yang boloeh dibaca bagi mengatasiperasaan marah?
Setakat manakah seorang isteri boleh bersikap cemburu?

Jawab:
Sabda Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kemarahan itu dari syaitan dan syaitan itu dicipta dari api, dan api itu hanya boleh dipadamkan dengan air. Maka, apabila seseorang di antara kamu marah, hendaklah dia berwuduk." (HR Abu Daud)

Itulah punca marah….

PUNCA CEMBURU

Sebab kita kasih dan cinta kepada seseorang. Cinta membuahkan rasa cemburu (ghirah). Cemburu terhadap agama adalah wajib hukumnya. Bagaimana jika agama ini dipersenda-sendakan. Syariat Islam dileceh-lecehkan. Nabi Muhamad s.a.w. dihina-hina. Kemungkaran berlaku di depan mata. Murtad berlaku di sana-sini? Kalau kamu tidak ada perasaan apa, itu tandanya kamu tidak ada sifat cemburu langsung pada agama kamu. Tidak ada sifat cemburu bermakna kamu tidak kasih pada agama ini. Jika kamu bereaksi tertentu termasuk marah dsbnya adalah tanda kamu ada sifat cemburu pada agama kamu. Itu tandanya kamu kasih pada agama ini.

Dulu, jika anak perempuannya menconteng arang ke muka orang tuanya dengan melakukan zina, mau saja anak itu tembus perutnya dirodok parang pendek atau golok. Itu cemburu namanya.. Ada anak-anak perawan yang murtad, kamu jadi susah hati. Kamu jadi marah. Kamu ambil langkah yang sewajarnya berdasarkan bidang dan kemampuan masing-masing, itu cemburu namanya. Kamu kasih kepada agama kamu. Kalau kamu tidak ada apa-apa. Kalau kamu jadi bodoh seperti orang yang kena pukau. Iman kamu perlu diperbetulkan kembali. Kamu tidak ada sifat cemburu pada agama kamu.

Jika isteri bersifat cemburu kepada suaminya, itu adalah wajar. Puncanya ialah cinta dan kasih. Cinta membuahkan cemburu. Cemburu pula melahirkan kemarahan. Tidak semua cinta itu terlarang. Tidak seluruhnya cemburu itu dibenarkan. Tidak semestinya kemarahan itu berfaedah. Tiada cinta, tiadalah cemburu.

Dan orang yang tiada sifat marah langsung adalah ibarat keldai. Orang yang pemarah adalah orang membiarkan syaitan menguasai dirinya. Gunakanlah pertimbangan akal. Berjalanlah atas lorong-lorong kesederhanaan.Sematkanlah cinta, cemburu dan marah pada tempatnya masing-masing.

Isteri wajar sahaja bersikap cemburu asal sahaja ada landasannya. Asal saja bertempat. Asal saja bersederhana. Jika tidak bersikap begini si isteri akan menuduh macam-macam kepada suami, sangka-sangka buruk yang terlarang akan bermunculan. Rumahtangga akan bergolak.

Sabdanya lagi: "Bukanlah orang yang gagah perkasa itu orang yang pandai bergusti, hanyasanya orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu menguasai dirinya ketika sedang marah." (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)

Rasulullah pernah menganjurkan doa kepada Aisyah r.a.:
"Ya Allah, ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan lindungilah aku dari syaitan." (HR Ibnu Sunni)

Rasulullah s.a.w. juga menganjurkan agar orang yang sedang marah berwuduk (lihat HR HR Abu Daud)

 
Kau tak seperti bunga
12.20.06 (12:04 pm)   [edit]
Bunga menguntum indah,menyeri memerah
Dipuji dengan berbagai bagai madah
Esok bunga jatuh gugur
Serpih demi serpih , tanpa daun dan kelopak.

Isteriku
Engkau bukan bunga yang akan layu
Dan aku bukan kumbang yang akan dirayu
Lambang bunga lambang sementara
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya
Daerah kita bukan daerah cinta
Bukan masanya untuk memujuk kekasih merajuk
Tiada senda gurau memanjang
Kerana kita dalam berjuang

Disini uda dan dara telah berkubur
Kita bina atasnya jihad yang subur
Bumi kita bumi payah
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah
Bila aku menjejak tapak Yasir
Ikutilah dibelakang ku sebagai Sumaiyah
Bila ku katakan pada mu: Perjuangan itu pahit
Kau katakan kembali : Syurga itu manis

Suamiku
Bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Maju cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya
Mulut telah kaku untuk merayu
Hatiku malu untuk cemburu
Tidak seperti dahulu

Kerana kini kau seorang mujahid
Yang rindu memburu syahid
Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah, pudar dan hambar di mata mu
Padaku yang baru belajar menjadi seorang mujahidah
Aku hanya mampu mendoakan agar kau menjadi seperti Yasir
Walaupun kiranya aku bukan seperti Sumaiyah
Dalam tangis ku cuba senyum
Tika kau keluar bermusafir
Seperti redhonya Siti Hajar waktu ditinggalkan Ibrahim
Biar kita berpisah selalu derita
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka itu dipagari ribuan nikmat.
 
menagih kasih..
12.20.06 (12:01 pm)   [edit]
Tuhan dulu pernah aku..
Menagih simpati..
Kepada manusia yang alpa serta buta..

Lalu terheretlah aku..
Di lorong gelisah..
Luka hati yang berdarah..
Kini jadi kian parah…

Semalam suda sampai..
Ke penghujungnya..
Kisah seribu duka…
Ku harap sudah berlalu…

Tak ingin lagi..
Ku ulangi kembali…
Gerak dosa yang menghiris hati…

Tuhan…
Dosaku menggunung tinggi..
Tapi rahmat-MU…
Melangit luas..

Harga selautan syukurku…
Hanyalah…
Setitis nikmat-MU di bumi..

Tuhan…
Walau taubat seringku mungkir…
Namun rahmat-MU…
Tak pernah bertepi…

Bila…
Selangkahku rapat pada-MU…
Seribu langkah…
KAU rapat pada ku…
 
Jawatan kosong
12.06.06 (4:53 pm)   [edit]

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN ::

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang- orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meningga lkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat berta nya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu:
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat amu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya"

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan,kiri dan hujung kaki).!

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam.

< semoga anda berjaya dlm temuduga ini....>

 
lima jari menyimpan rahsia
12.06.06 (2:59 pm)   [edit]

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan .."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. 

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

 
lelaki yang bakal ke neraka
12.06.06 (11:50 am)   [edit]

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:-
Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya. ....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-
Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...

Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.

 
Ciri-ciri munafik sejati
12.06.06 (11:40 am)   [edit]

1. Dusta
Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid: "Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu SESEORANG YANG BERDUSTA AGAR ORANG2 TERTAWA." Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: "Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."

2. Khianat
sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.

3. Fujur dalam pertikaian
sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau"

4. Ingkar Janji
sabda Rasulullah SAW:
"Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)

5. Malas Beribadah
Firman Allah SWT:
"...Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka BERDIRI DENGAN MALAS..." (An-Nisa': 142)
Jika orang munafik pergi ke masjid/surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid/surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam solat, apalagi untuk menyemak dan menghayatinya.

6. Riya'
Di hadapan manusia dia solat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepatkan solatnya. apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan MELANGGAR HAL-HAL YANG DIHARAMKAN Allah SWT.

7. Sedikit Berzikir
Firman Allah SWT:
"...Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. dan tidaklah mereka menyebut Allah SWT kecuali sedikit sekali. (An-Nisa': 142)

8. Mempercepat Solat
Mereka (orang2 munafik) adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam solatnya.
Hadith Nabi SAW: "Itulah solat orang munafik...lalu mempercepat empat rakaat (solatnya)"

9. Mencela orang-orang yang Taat dan Soleh
Mereka memperlekehkan orang-orang yang Taat dengan ungkapan yang mengandung cemuhan dan celaan. Oleh kerananya, dalam setiap majlis pertemuan sering kali kita temui orang munafik yang hanya MEMBINCANGKAN SEPAK TERAJANG ORANG2 SOLEH dan orang2 yang konsisten terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Baginya seakan-akan tidak ada yang lebih penting dan menarik selain memperolok-olok orang2 yang Taat kepada Allah SWT

10. Memperolok-olok Al-Quran, As-Sunnah, dan Rasulullah SAW
Termasuk dalam kategori Istihzaa' (berolok-olok) adalah memperolok-olok hal2 yang disunnah Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, JATUH KAFIR.
Firman Allah SWT: "...Katakanlah: 'Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?' Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman..." (At-Taubah: 65-66)

11. Bersumpah Palsu
Firman Allah SWT:
"Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai..." (Al-Munafiqun: 2, Al-Mujadilah: 16)
Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: "Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku.

12. Enggan Berinfak
Orang2 munafik memang selalu menghindari hal2 yang menuntut pengorbanan, baik berupa harta maupun jiwa. Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah, dan mendermakan hartanya, mereka lakukan kerana riya' dan sum'ah. Mereka enggan bersedekah, kerana pada hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, apalagi jiwa.

13. Tidak menghiraukan nasib Kaum Muslimin
Mereka selalu menciptakan kelemahan2 dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil. iaitu, sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik berpendapat bahawa orang2 kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.

14. Suka menyebarkan Khabar Dusta
Orang munafik senang memperbesar peristiwa/kejadian. Jika ada orang yang tergelincir lisannya secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam majlis2 pertemuan. "Apa kalian tidak mendengar apa yang telah dikatakan si fulan itu?" Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak akan mahu mengungkapkannya kepada masyarakat.

15. Mengingkari Takdir
Orang munafik selalu membantah dan tidak redha dengan takdir Allah SWT. Oleh kerananya, apabila ditimpa musibah, dia mengatakan: "Bagaimana ini. Seandainya saya berbuat begini, niscaya akan menjadi begini." Dia pun selalu mengeluh kepada sesama manusia. Sungguh, dia telah MENGKUFURI DAN MENGINGKARI QADHA DAN TAKDIR.

16. Mencaci maki kehormatan orang-orang Soleh
Apabila orang munafik membelakangi orang2 soleh, dia akan mencaci maki, menjelek-jelekkan, mengumpat, dan menjatuhkan kehormatan mereka di majlis-majlis pertemuan.
Firman Allah SWT: "...mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan..." (Al-Ahzab: 19)

17. Sering meninggalkan Solat Berjamaah
Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu luang, dan tidak memiliki uzur say'i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.

18. Membuat kerosakan di Muka Bumi dengan Dalih Mengadakan Perbaikan
Firman Allah SWT:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.' Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar." (Al-Baqarah: 11-12)

19. Tidak ada kesesuaian antara Zahir dengan Batin
Secara Zahir mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, kesaksian yang tampak benar secara Zahir itulah yang menyebabkan MEREKA MASUK KE DALAM NERAKA. Penampilan zahirnya bagus dan mempersona, tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan. Di luar dia menampakkan kekhusyukan, sedangkan di dalam hatinya main-main.

20. Takut terhadap Kejadian Apa Pun
Orang2 munafik selalu diliputi rasa takut. Jiwanya selalu bergoncang, keinginannya hanya selalu mendambakan kehidupan yang tenang dan damai tanpa disibukkan oleh persoalan2 hidup apa pun. Dia selalu berharap: "Tinggalkan dan biarkanlah kami dengan keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami tidak ingin keadaan kami berubah." Padahal, keadaannya tidaklah lebih baik.

21. Beruzur dengan Dalih Dusta
Firman Allah SWT:
"Di antara mereka ada orang yang berkata: 'Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.' Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya NERAKA JAHANNAM itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir." (At-Taubah: 49)

22. Menyuruh Kemungkaran dan Mencegah Kemakrufan
Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang2 beriman. Mereka menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert, menyebarkan majalah2 porno (SEMIPORNO) dan narkotik.

23. Bakhil
Orang2 munafik sangat bakhil dalam masalah2 kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mahu bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan.

24. Lupa kepada Allah SWT
Segala sesuatu selalu mereka ingat, kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka sentiasa ingat kepada keluarganya, anak-anaknya, nyanyian2, berbagai keinginan, dan segala sesuatu yang berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk MENGINGAT (ZIKIR) ALLAH SWT, KECUALI SEBAGAI TIPUAN SEMATA-MATA.

25. Mendustakan janji Allah SWT dan Rasul-Nya
Firman Allah SWT:
"Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: 'Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya." (Al-Ahzab: 12)

26. Lebih memperhatikan Zahir, mengabaikan Batin
Orang munafik lebih mementingkan zahir dengan mengabaikan yang batin, tidak menegakkan solat, tidak merasa diawasi Allah SWT, dan tidak mengenal zikir... Pada zahirnya, pakaian mereka demikian bagus menarik, tetapi batin mereka kosong, rosak dan lain2.

27. Sombong dalam Berbicara
Orang2 munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan bila UNGKAPAN MENAKJUBKAN YANG MEYAKINKAN AGAR TAMPAK SEPERTI ORANG HEBAT, MULIA, BERWAWASAN LUAS, MENGERTI, BERAKAL, DAN BERPENDIDIKAN. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya.

28. Tidak memahami Ad Din
Di antara "KEISTIMEWAAN" orang2 munafik adalah: mereka sama sekali tidak memahami masalah-masalah agama. Dia tahu bagaimana mengenderai kereta dan mengerti perihal mesinnya. Dia juga mengetahui hal2 remeh-temeh dan pengetahuan-pengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat kepadanya meski juga tidak mendatangkan mudharat baginya. Akan tetapi, apabila menghadapi untuk berdialog (bertanya tentang persoalan2 Ad Din (Islam)), dia sama sekali tidak boleh menjawab.

29. Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan Dosa
Orang munafik menganggap ringan perkara2 terhadap Allah SWT, menentang-Nya dengan melakukan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi-sembunyi. Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan sebaliknya: berpura-pura taat
Firman Allah SWT:
"Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai..." (An-Nisa': 108)

30. Senang dengan Musibah yang menimpa orang-orang Beriman dan Dengki terhadap Kebahagian mereka
Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: "Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu... semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau." Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah itu.

 
RAHSIA SURAH-KAUTSAR
09.20.06 (3:21 pm)   [edit]
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 org yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000 x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut khyusuk ketika menunaikan solat.
7) Jika org teraniaya dan terpenjara membacanya sebyk 71 x Allah s.w.t. akan  memberi bantuan kepadanya krn dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
 
Suami pilih ibu atau bayi?
09.20.06 (1:16 pm)   [edit]
Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital,gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.
"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.
"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.
"Jadi bagaimana doktor ..?"
"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!"
Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata.......
"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!&quo t; desak doktor itu.
Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu,
"Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor.
Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.
 
Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini.Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.
 
------------------------- ---------------------
Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting. Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatk an si anak, dan mengorbankan si ibu.Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi. Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat.
Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?
Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal".Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.
Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.
Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita.Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.
Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.
 1. Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh?
 2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu?
 3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dahulu?
 4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
 5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
 6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
 7. Dan banyak lagi.....
 
 Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti. Kesimpulannya perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu dengan majlis2 ILMU. Mudah2an selamat kita semua di dunia & di akhirat.

Amiin.
 
Peliknya umatku
08.29.06 (1:31 pm)   [edit]
Peliknya umatku....
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.

Peliknya umatku..

menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?


Peliknya umatku....

sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk menga mbil seringgit utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umatku....

gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.


Peliknya umatku....

sanggup bersesak-sesak,berhimpit- himpit dipadang konsert hiburan..
sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit cuma.

Peliknya umatku....

setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringk at kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak elok untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya umatku....

setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka,
pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai..tak kira jantan betina
detik saat jam 12 ,saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya umatku....

setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah. 
 

 
Istidraj
08.29.06 (1:27 pm)   [edit]

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani,Ahmad dan Al-Baihaqi ) Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul 覈bad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj.Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

 
Apa Pantas Berharap Surga?
07.07.06 (10:42 am)   [edit]

Sholat dhuha cuma dua rakaat, qiyamullail (tahajjud) juga hanya dua rakaat, itu pun sambil terkantuk-kantuk.  Sholat lima waktu? Sudah jarang di masjid, milih ayatnya yang pendek-pendek pula... Tanpa doa, dan segala macam puji untuk Allah, Dilipatlah sajadah yang belum lama tergelar itu. Lupa pula dengan sholat rawatib sebelum maupun sesudah shalat wajib. Satu lagi, semua di atas itu belum termasuk catatan:..... "Kalau tidak terlambat" atau "Asal tak bangun kesiangan". Dengan sholat model begini, apa pantas mengaku ahli ibadah?

Padahal Rasulullah dan para sahabat senantiasa mengisi malam-malamnya dengan derai tangis memohon ampunan kepada Allah. Tak jarang kaki-kaki mereka bengkak oleh karena terlalu lama berdiri dalam khusyuknya. Kalimat-kalimat pujian dan pinta tersusun indah seraya berharap.....Allah Yang Maha Mendengar mau mendengarkan keluh mereka. Ketika azan berkumandang, segera para sahabat meninggalkan semua aktiviti ....menuju sumber panggilan, .... kemudian waktu demi waktu mereka habiskan untuk bersimpuh.... di atas sajadah-sajadah penuh titisan air mata.

Baca Qur'an sesempatnya, tanpa memahami arti dan maknanya, apalagi meresapi hikmah yang terkandung di dalamnya. Ayat-ayat yang mengalir dari lidah ini tak sedikit pun membuat dada ini bergetar, padahal tanda-tanda orang beriman itu adalah .....ketika dibacakan ayat-ayat Allah maka tergetarlah hatinya. Hanya satu dua lembar ayat yang sempat dibaca sehari, itu pun tidak rutin. Kadang lupa, kadang sibuk, kadang malas. Yang begini ngaku beriman?

Tidak sedikit dari sahabat Rasulullah yang menahan nafas mereka .... untuk meredam getar yang menderu saat membaca ayat-ayat Allah. Sesekali mereka terhenti, ......tak melanjutkan bacaannya ketika mencuba menggali makna terdalam .... dari sebaris kalimat Allah yang baru saja dibacanya. Tak jarang mereka hiasi mushaf di tangan mereka dengan titis air mata.Setiap titis yang akan menjadi saksi di hadapan Allah .....bahwa mereka jatuh karena lidah-lidah indah yang melafazkan ayat-ayat Allah ... dengan pemahaman dan pengamalan tertinggi.

Bersedekah jarang, begitu juga infak. Kalau pun ada, itu pun dipilih mata uang terkecil yang ada di dompet. Syukur-syukur kalau ada receh. Berbuat baik terhadap sesama juga jarang, paling-paling kalau sedang ada kegiatan bakti sosial, yah hitung-hitung ikut meramaikan. Sudahlah jarang beramal, amal yang paling mudah pun masih pelit, senyum. Apa susahnya senyum? Kalau sudah seperti ini, apa pantas berharap Kebaikan dan Kasih Allah?

Rasulullah adalah manusia yang paling dirindui, senyum indahnya, tutur lembutnya, belai kasih dan perhatiannya, juga pembelaannya bukan semata miliki Khadijah, Aisyah, dan istri-istri beliau yang lain. Juga bukan teruntuk Fatimah dan anak-anak Rasulullah lainnya. Ia senantiasa penuh kasih dan tulus terhadap semua yang dijumpainya, ....bahkan kepada musuhnya sekali pun. Ia juga mengajarkan para sahabat untuk berlomba beramal shaleh, berbuat kebaikan sebanyak-banyaknya dan sebaik-baiknya.

Setiap hari ribut dengan tetangga. Kalau bukan sebelah kanan, .....tetangga sebelah kiri. Seringkali masalahnya cuma soal remeh temeh, tapi permusuhan berlangsung berhari-hari, kalau perlu ditambah sumpah tujuh turunan. Waktu demi waktu dihabiskan untuk menggunjingkan aib dan kejelekan saudara sendiri. Detik demi detik dada ini terus jengkel...setiap kali melihat keberhasilan orang dan berharap orang lain celaka atau mendapatkan bencana. Sudah sedemikian pekatkah hati yang tertanam dalam dada ini?Adakah pantas hati yang seperti ini bertemu dengan Allah dan Rasulullah kelak?

Wajah indah Allah dijanjikan akan diperlihatkan hanya .....kepada orang-orang beriman yang masuk ke dalam surga Allah kelak. Tentu saja mereka yang berkesempatan hanyalah para pemilik wajah indah pula. Tak inginkah kita menjadi bagian kelompok yang dicintai Allah itu? Lalu kenapa masih terus bermuka masam terhadap saudara sendiri?

Dengan adik tidak akur, kepada kakak tidak hormat. Terhadap orang tua kurang ajar, sering membantah, sering membuat kesal hati mereka, apalah lagi mendoakan mereka, mungkin tidak pernah. Padahal mereka tak butuh apa pun ...selain sikap ramah penuh kasih dari anak-anak yang telah mereka besarkan ... dengan segenap cinta. Cinta yang berhias peluh, air mata, juga darah. Orang-orang seperti kita ini, apa pantas berharap surga Allah?

Dari ridha orang tua lah, ridha Allah diraih. Kaki mulia ibu lah yang disebut-sebut tempat kita merengkuh surga. Bukankah Rasulullah yang tak beribu memerintahkan untuk berbakti kepada ibu, bahkan tiga kali beliau menyebut nama ibu sebelum kemudian nama Ayah?Bukankah seharusnya kita lebih bersyukur saat ......masih bisa mendapati tangan lembut untuk dikecup, kaki mulia tempat bersimpuh, dan wajah teduh yang teramat hangat dan menyejukkan?Karena begitu banyak orang-orang yang tak lagi mendapatkan kesempatan itu. Ataukah harus menunggu Allah memanggil orang-orang terkasih itu... hingga kita baru merasa benar-benar memerluk an kehadiran mereka? Jangan tunggu penyesalan. .....

Bagaimanakah sikap kita ketika bersimpuh di pangkuan orang tua ..... ketika Aidil Fitri yang baru berlalu ....??? Apakah hari itu....hanya hari biasa yang dibiarkan berlalu tanpa makna.........???Apakah siang harinya....kita sudah mengantuk....dan akhirnya tertidur lelap...?
Apakah kita merasa sulit tuk meneteskan air mata...???atau bahkan kita menganggap cengeng......??? sampai sekeras itukah hati kita....???Ya...Allah ....ya Rabb-ku......jangan Kau paling hati kami menjadi hati yg keras......, sehingga menitiskan air matapun susah.......merasa bersih......merasa suci....merasa tak bersalah......merasa tak memerlukan orang lain...... merasa modernis.....dan visionis......... Padahal dibalik cermin masa depan yang kami banggakan..... terlukis bayang hampa tanpa makna.....dan kebahagiaan semua penuh ragu.....

Astaghfirullaah ......Yaa Allah...ampunilah segenap khilaf kami,  Amin Ya Robbal Alamin.
 
Dilema Malas Sembahyang
07.07.06 (10:01 am)   [edit]
Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang,

Apasal laa aku malas sembahyang,
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang, Ingat
masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!

Apasal laa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!
 
Aku cari Husnul Khotimah
07.07.06 (9:52 am)   [edit]

Dakwah & Tarbiyyah"Husnul khotimah" maksudnya kesudahan yg baik. Ia adalah impian saya dan mungkin menjadi impian  setiap muslim. Saya katakan ‘mungkin’ kerana ramai juga  orang Islam yang saya temui , tidak meletakkan matlamat hidupnya untuk mencapai khusnul khotimah. Seperti kita maklum dalam mengharungi hidup ini kita tak lepas dari dugaan, cobaan dan  ujian.  Semasa menghadapi dugaan kita mungkin dalam keadaan tidak bersedia, tidak berilmu dan yang pasti kita berada dalam keadaan ‘tertekan’ iaitu  tekanan perasaan.

Kebiasaannya dalam keadaan sedemikian akal gagal dikawal dengan sempurna, atau kita lemah dalam mengimbangi keadaan menyebabkan  adakalanya tindakan kita di luar dugaan, menyebabkan kita jadi kufur nikmat, dan akhirnya terpalit dosa. Tetapi sebagai muslim kita bertuhankan Allah s.w.t, berpandukan kepada kitab al-qur’an dan  kita  mengambil  Nabi s.a.w. sebagai panduan dan ikutan. Alhamdulillah, syukur kerana dengan adanya keyakinan kepada Allah s.w.t  itulah kita kembali memautkan harapan kepada-Nya . 

Allah s.w.t maha pengasih dan penyayang. Allah menyukai hamba-Nya yang insaf dan segera  bertaubat. Firman Allah s.w.t bermaksud Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [66:8]
Ayuhlah kita buatkan satu azam, mohon kepada Allah s.w.t pada setiap selepas solat dan pada bila-bila masa, agar Allah kurniakan kita khusnul khotimah.

Tanda-tanda husnul khotimah 

1.Mengucapkan  kalimat tauhid ketika akan meninggal,Rasulullah bersabda”Barangsiap a akir perkataannya La ilaha illallah, maka ia akan masuk surga.” 

2.Mati syahid dalam menegakkan kalimatullah. Dalam surat Ali Imran ayat : 169 dijelaskan “Dan janganlah engkau sangka orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Allah , diberi rezeki”. 

3. Orang yang sedang Ihram. Rasulullah berkomentar ketika melihat salah sorang sahabatnya meninggal karena jatuh dari untanya takala ia ihram, “Mandikanlah ia, dan kafanilah dengan pakaian ihramnya, jangan ditutup kepalanya sesungguhnya ia akan bangkit dalam keadaan ‘mulabbiyan (dalam keadaan mengucapkan allahuma labbaik)”.

 4.Akhir dari perbuatannya dalam rangka mentaati Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah, “Barang siapa mengucapkan La illaha illallah kerana mengharapkan keridhoan Allah dan detik-detik akhir hayatnya dalam kondisi seperti itu, maka ia akan masuk surga. Dan barang siapa saum karena mengharapkan ridho Allah, kemudian ia meninggal dalam kondisi   seperti itu, maka ia akan masuk surga. Dan barang siapa bersedekah karena mengharapkan ridho Allah, kemudian ia meninggal dalam kondisi seperti itu, maka ia akan masuk surga.” 

5.Meninggal dalam keadaan mempertahankan ad Dien, harta, keluarga dan kehormatanMisalnya seorang muslim yang hendak diperkosa oleh seorang penjahat, ia berusaha mempertahankan kehormatan dirinya hingga ia mati dibunuh penjahat tersebut, maka insya  Allah matinya dalam keadaan husnul khatimah. 

6. Menginggal dalam kesadaran pada saat ditimpa penyakit.Apabila seorang muslim atau muslimah dicoba Allah dengan memberinya penyakit dan ia sadar sampai menemukan ajalnya, maka ia juga  mendapat husnul khatimah. Selama ia taat pada Allah dan Rasul-Nya, maka meninggalnya Insya Allah dalam keadaan husnul khatimah. 

7. Meninggal pada malam Jum’at atau siangnya.Mudah-mudahan Allah memberikan kita kurnia husnul khatimah, sebagaimana do’a yang selalu kita panjatkan pada-Nya. “Ya Allah kami mohon  pada-Mu husnul khotimah,  kami berlindung pada-Mu dari su’ul khotimah dan seburuk-buruknya pembalasan. Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik amal kami pada akhirnya dan sebaik-baik hari kami adalah hari pada saat berjumpa dengan-Mu. Dan jadikanlah kami termasuk orang-orang yang Engkau beri kurnia pada mereka di surga dan di sisi-Mu. Amin Ya Rabbana…